Monday, 5 October 2015

forum pendidikan awal kanak-kanak bincangkan?

Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan socioemosi kanak-kanak?

6 comments:

  1. Antara peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan socioemosi kanak-kanak ialah,

    pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suda terang lagikan bersuslu sikap dan tingkah laku kanak-kanak lebih dipengaruhi oleh rakan sebaya. sama ada positif mahupun negetif.

      Delete
  2. Selamat malam..saya sangat setuju bahawa rakan sebaya merupakan antara individu yang sangat kuat dalam mempengaruhi kita dari segi sikap, tingkah laku dan emosi khususnya golongan kanak-kanak kerana mereka berada dalam tempoh proses peniruan tingkah laku.Oleh itu rakan sebaya merupakan salah satu aspek utama yang membentuk keperibadian awal kanak-kanak. Kerana melalui rakan tersebut, hubungan sosial dapat diwujudkan. Emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehiduapan kanak-kanak. Emosi terdiri daripada dua jenis iaitu emosi kesedaran kendiri dimana kanak-kanak yang berumur dua tahun akan mula menunjukkan emosi dengan akan berasa malu apabila ditegur dan sedih apabila dimarahi. Kedua ialah bertindak balas kepada emosi dimana kanak-kanak ini yang mulai bergaul akan menunjukkan tindak balas seperti marah, merajuk, geram dan sebagainya kepada rakan mereka. Rakan sebaya merupakan orang yang paling banyak lama waktu yang diluangkan bersama-sama oleh kanak-kanak. Semasa mereka mula berinteraksi antara satu dengan lain, disinilah peranan rakan sebaya berlaku dalam mempengaruhi sosio emosi kanak-kanak. Mereka yang sering melakukan aktiviti bersama-sama dan apa jua yang mereka ingin lakukan mereka akan mengajak rakan sebaya mereka seperti mengajak bermain bersama. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa rakan mereka adalah penting bagi mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut freud emosi ini terdiri kepada tiga iatu id, ego dan supego. oleh itu terdapat sesorang itu sedar akan tindaknya dan terdapat juga orang yang tidak sedar akan tidakan yang dilakukanya.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. seperti yang kita tahu pengaruh rakan sebaya ini sangat berpengaruh kepda sesorang itu berbanding pengaruh dari ibubapa serta adik beradik. seperti yang kita tahu Pada peringkat umur 1tahun,kanak-kanak akan mencuba untuk membina kepercayaan terhadap persekitaran dan orang lain.Hal ini semakin membawa suatu keinginan yang mendalam kepada melaksanakan sesuatu dengan sendiri.Oleh itu,rakan sebaya akan membawa 1proses pembentukan emosi kanak-kanak.sebagai contoh,keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu disamping sokongan rakan-rakan akan mendorong emosi kanak-kanak itu seterusnya bertindak mengikut apa yang dirasakan betul.

    ReplyDelete